Ahad, 23 Februari 2014

KEPERIBADIAN SEORANG WANITA

 Wanita sebahagian dari bangsa manusia. Penulis juga merupakan seorang wanita. Ia adalah sumber kelahiran insan dibumi ini. Ia adalah institusi pertama membentuk generasi muda ,masa depan sebuah bangsa bergantung kepadanya .tangan yang menghayun buaian akan menggegarkan dunia mencipta sejarah. Wanita merupakan faktor utama mempengaruhi kehidupan pertama seorang lelaki. Betapa pentingnya makhluk allah ini. Betapa besar juga peranannya dan betapa berjasanya kalian wahai wanita. KALIAN HEBAT !
Wanita, kalian suatu ketika dulu hanyalah umpama kilang. Hebat dengan produk. Kalian adalah tempat orang berseronok ketika diperlukan habis manis sepah dibuang. Lahirmu adalah petaka. Namun kedatangan Islam membawa sinar harapan. Kalian bukan hanya untuk berseronok malah bekerjasama menjaga kelangsungan bangsa manusia. Perbezaan semula jadi membezakan kalian. Kalian insan yang mesti diberi perhatian,pendidikan dan pengawasan. Rasulallah bersabda :
"Sesiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau dua orang saudara perempuan lalu dia menjaga mereka dengan baik dengan penuh tawakkal kepada allah sepanjang menjaganya nescaya dia akan beroleh syurga".
Istimewanya wanita adalah kerana imanya yang mendalam terhadap tuhanya. Keyakinannya bahawa segala yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Kewajipannya adalah berusaha seterusnya pasrah kepada Allah.
Kisah Sarah sentiasa tersemat di hatiku keyakinannya terhadap Allah, sanggup ditinggalkan ditanah gersang lagi kontang tanpa manusia dan tumbuhan. Sarah tetap gigih berusaha mendapatkan minuman anak kesayangannya Ismail, berlari lari mengejar fatamurgana disangkanya air kalau tidak kerana benar tawakkalnya kepada Allah mana mungkin Sarah sanggup melalui situasi seperti ini. 
Duhai wanita, keimanan ,keyakinan dan penyerahan diri kepada Allah mesti kita perolehi sebagai bekalan dalam perjuangan dan juga bekalan mendidik generasi.
Perjuanganmu wahai wanita, tidak dijanjikan dengan sesuatu yang indah-indah. Ia tidak dihamparkan dengan permaidani bukan taburan bunga-bungaan tetapi penuh keperitan onak dan duri memenuhi langkah -langkah kita. Oleh itu, persiapkan dirimu dengan IMAN.
Iman boleh ditingkatkan dengan amalan. Iman bertambah dengan bertambahnya amal jadikan semua aktivitimu ibadah hanya dengan niat kerana Allah dan bertepatan dengan syariat. Jadi wanita banyak ruang hidupmu adalah ibadah ,masak ibadah , cuci pinggan ibadah ,jaga anak ibadah dan banyak lagi senyum pun juga ibadah
Bertuahnlah kalian kerana menjadi seorang WANITA. Saya berharap SUPAYA KALIAN MAMPU MELAKSANAKAN PERANAN SEBAGAI WANITA, ISTERI DAN IBU YANG SOLEHAH yang bakal mengubah bangsa ini.

Sabtu, 22 Februari 2014

HIDUP INI ADALAH PERJUANGAN

Betapa kerdilnya hamba ini berhadapan keagungan ciptaan mu yang  redha dan akur dengan kehendakmu....hamba ini yang kau anugerahkan hati dan  akal  sering mempersoalkan ...ada tawar menawar ..mengharapkan ganjaran ..menuntut balasan .....menantikan habuan dunia yang sedikit berbanding akhirat...ah sukarnya..siang malam bertarung dengan nafru yang sememangnya mengheret kita kepada keburukan ....tak upaya kecuali dengan Rahmat dan kasIh sayang mu Ya Allah.....maka berjuanglah tewaskan runtunan tarikan nafsu yang jahat mengheretmu kepada kelesuan ..,kekecewaan,,,kesedehan yang menjerumuskan kamu kepada kehinaan

Diluar sana tak kurang hebatnya serangan yang bertubi-tubi merosakan fikiran ummat islam yang datang dari perancangan orang orang kafir yang bercita cita mengheret sama keneraka jahannam meleraikan kepercayaan kepada Allah...mereka tahu mereka sesat tetapi mereka berusaha supaya muslimin menerima kesesatan mereka ..bertolaransi ...menerima sembahan mereka...MAKA...,tiada dakwah  lagi seruan untuk mengajak kepada Islam semakin sepi kerana menanggap semua agama adalah baik sedangkan aagama yang diterima Allah adalah Islam.......BERJUANGLAN MEMASTIKAN UMMAT INI TIDAK HILANG JADI DIRI..

Paling dasyat lagi SERANGAN YANG DATANG DARI orang islam sendiri ,yang rasa diri moden mengamalkan  Islam mengikut peredaran zaman ...berhujahkan logik akal.. .mengunakan pelbagai  alasan  demi  kemaslahatan. demi persaudaran ,demi perpaduan...hingga menimbulkan keraguan dan melemahkan  kepercayaan  bagi mereka-mereka yang lemah......  sekaligus menimbulkan keraguan kepada masyarakat  yang menanti nanti perubahan.......BERSABARLAH ..BERJUANGLAH MEMAHAMKAN MEREKA JANGAN  PUTUS ASA ...Sesungguhnya gerakan menyebarkan keraguan dan salah faham adalah laluan para anbia,.....