Ketamaddunan suatu bangsa akan kembali bila mana ummatnya kembali kepada Islam.
Bila mana bangsanya kembali taat kepada Allah. Bila iman menguasai diri. Kembalikan semula Umar Abd Aziz! kembalikan semula Khalid Al Walid! kembalikan semula Sallehuddin Alayubi! Sumayyah! Zinnierah! Nahdiyyah! Nusaibah! Sofiyah! tokoh-tokoh yang telah menyelamatkan aqidah, mengongcang dunia dan digeruni musuh. Apa yang perlu kita lakukan? Ya,kita perlukan pentarbiahan semula ummah! Darimana kita nak bermula ? Diri kita!....Keluarga kita!...Bangsa kita!!!Bagi ibubapa ,tanggungjawab utama adalah pendidikan anak-anak mereka. Anak-anak boleh menyebabkan ibubapa masuk syurga ,anak-anak juga penyebab ibubapa masuk neraka. Awas!Allah memperingatkan kita :
"Wahai orang-orang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka"
(at tahrim :6)
Wahai ibubapa! pendidikan anak-anak bermula dari pemilihan pasangan lagi .Silap membuat pilihan maka sukarlah pendidikan.Oleh itu, kembali kepada petunjuk Rasul untuk memilih pasangan masing-masing.Sabda rasulullah :
"Apabila datang kepada mu siapa yang diredhai agamanya,akhlaknya. Maka kahwinilah,
jika tidak, akan terdedah kepada fitnah yang luas"
Bukan setakat itu,bahkan pilihlah mereka-mereka yang mengambil berat tentang ummah ini.
Bak kata Ahmad Arrasyid:
"Alim yang pakaianya lusuh derdebu, berbau, lebih baik dari alim yang pakaianya bersih dan harum beramal hanya untuk dirinya sahaja"
(Langkah Bermula)
Kesimpulanya apa yang menjadi pilihan adalah Agamanya dan Dakwahnya ,
lain-lain tu bonus la.
Namun jika sudah menyandang gelaran ibubapa, sedarilah bahawa anda orang yang
paling mengesani anak-anak anda...andalah yang mencorak masa depan mereka.Bukan teman sekolahnya, bukan jiran tetangga anda, bukan media massa yang canggih- canggih walaupun ada pengaruhnya. Anak-anak manjadi Nasrani, Majusi dan Yahudi adalah silap anda! Solat tak pernah dilakukan, Alquran jauh sekali, aurat tidak ada sempadan , siang kutu jalan , malam kutu embun, jauh nak berkata soal dakwah,diri sendiri pun tidak lepas, hidup menghitung kematian ibu bapa mengharapkan harta pusaka...di alam barzah sengsaralah ibubapa .....minta dijauhkan Allah.
Oleh itu, didiklah anak-anak anda seawal mungkin, melentur buluh biar dari rebungnya."Ya Allah jadikanlah anak-anakku penyebab aku masuk syurga"
Berat tanggungjawab kita wahai ibubapa sekalian.......marilah kita bersama-sama memneliti apa kata Abdullah Naseh Ulwan dalam "Pendidikan anak-anak"
DI EPISOD AKAN DATANG..... INSYAALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan