Ahad, 23 Februari 2014

KEPERIBADIAN SEORANG WANITA

 Wanita sebahagian dari bangsa manusia. Penulis juga merupakan seorang wanita. Ia adalah sumber kelahiran insan dibumi ini. Ia adalah institusi pertama membentuk generasi muda ,masa depan sebuah bangsa bergantung kepadanya .tangan yang menghayun buaian akan menggegarkan dunia mencipta sejarah. Wanita merupakan faktor utama mempengaruhi kehidupan pertama seorang lelaki. Betapa pentingnya makhluk allah ini. Betapa besar juga peranannya dan betapa berjasanya kalian wahai wanita. KALIAN HEBAT !
Wanita, kalian suatu ketika dulu hanyalah umpama kilang. Hebat dengan produk. Kalian adalah tempat orang berseronok ketika diperlukan habis manis sepah dibuang. Lahirmu adalah petaka. Namun kedatangan Islam membawa sinar harapan. Kalian bukan hanya untuk berseronok malah bekerjasama menjaga kelangsungan bangsa manusia. Perbezaan semula jadi membezakan kalian. Kalian insan yang mesti diberi perhatian,pendidikan dan pengawasan. Rasulallah bersabda :
"Sesiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau dua orang saudara perempuan lalu dia menjaga mereka dengan baik dengan penuh tawakkal kepada allah sepanjang menjaganya nescaya dia akan beroleh syurga".
Istimewanya wanita adalah kerana imanya yang mendalam terhadap tuhanya. Keyakinannya bahawa segala yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Kewajipannya adalah berusaha seterusnya pasrah kepada Allah.
Kisah Sarah sentiasa tersemat di hatiku keyakinannya terhadap Allah, sanggup ditinggalkan ditanah gersang lagi kontang tanpa manusia dan tumbuhan. Sarah tetap gigih berusaha mendapatkan minuman anak kesayangannya Ismail, berlari lari mengejar fatamurgana disangkanya air kalau tidak kerana benar tawakkalnya kepada Allah mana mungkin Sarah sanggup melalui situasi seperti ini. 
Duhai wanita, keimanan ,keyakinan dan penyerahan diri kepada Allah mesti kita perolehi sebagai bekalan dalam perjuangan dan juga bekalan mendidik generasi.
Perjuanganmu wahai wanita, tidak dijanjikan dengan sesuatu yang indah-indah. Ia tidak dihamparkan dengan permaidani bukan taburan bunga-bungaan tetapi penuh keperitan onak dan duri memenuhi langkah -langkah kita. Oleh itu, persiapkan dirimu dengan IMAN.
Iman boleh ditingkatkan dengan amalan. Iman bertambah dengan bertambahnya amal jadikan semua aktivitimu ibadah hanya dengan niat kerana Allah dan bertepatan dengan syariat. Jadi wanita banyak ruang hidupmu adalah ibadah ,masak ibadah , cuci pinggan ibadah ,jaga anak ibadah dan banyak lagi senyum pun juga ibadah
Bertuahnlah kalian kerana menjadi seorang WANITA. Saya berharap SUPAYA KALIAN MAMPU MELAKSANAKAN PERANAN SEBAGAI WANITA, ISTERI DAN IBU YANG SOLEHAH yang bakal mengubah bangsa ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan