BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 2009 Oktober 04

Cahaya mataku

Alhamdulillah ,bersyukur dengan rahmatnya yang tidak terhitung ,rahmatnya yang tidak ternilai yang dianugerahkan kepada hambaNya di atas kurniaan cahaya mataku yang comel-comel penyejuk mata memandang ,pewaris masa hadapan , penyelamat azab kubur,penyebab masuk syurga.Mereka adalah aset ibubapa,negara dan Agama.
perkahwinan yang di bina di atas asas dakwah kepada Allah hampir 25 tahun yang lalu melahirkan ;

Buraidah Al aslami 1990 -sahabat yang ditemui ketika hijrah
Nahdiyyah 1991 - sahibah Makki awal Islam
Muaz 1993-utusan Rasul Allah ke Yaman
Sumaiyah 1994-sahibah Makki awal Islam
Zinnierah 1995-sahibah Makki awal Islam
Ribie Amir 1997-utusan Rasulullah ke maharaja Rom
Muhammad Asad 1999-sahabat Madani
Nusaibah 2001-sahibah al ansori\Madani
Unias al ansori 2002-sahabat ansori \Madani
Sofia Athirah 2003\sohibah Madani

Saya akan menjelaskan siapakah sahabat\sahabiah ini dan peranan yang diambil dalam usaha memenangkan Islam yang mulia .Nama cahaya mataku diberi adalah untuk
mengembalikan semangat perjuangan yang telah dilalui oleh sahabat karramaallah-Insyaallah....
bersambung.......

Sabtu, 2009 Julai 04

.....

Istimewanya wanita adalah kerana imanya yang mendalam terhadap tuhanya.keyakinanya bahawa segala yang berlaku adalah dengan kehendak Allah.kewajipanya adalah berusaha seterusnya pasrah kepada Allah.

kisah Sarah sentiasa tersemat di hatinya .keyakinanya kepada Allah …..sanggup ditinggalkan ditanah gersang ,kontang tanpa manusia dan tumbuhan ,sarah tetap gigih berusaha mendapatkan minuman anak kesayanganya Ismail,berlari lari mengejar fatamurgana disangkanya air.kalau tidak kerana benar tawakkalnya kepada Allah mana mungkin Sarah sanggup melalui situasi seperti ini…duhai wanita …….keimanan ,keyakinan ,penyerahan diri kepada Allah mesti kita perolehi sebagai bekalan dalam perjuangan …bekalan mendidik generasi…

perjuangan wahai wanita …tidak dijanjikan dengan sesuatu yang indah-indah .Ia tidak dihamparkan dengan permaidani .bukan taburan bunga-bungaan tetapi….penuh keperitan ,onak dan duri memenohi langkah -langkah kita …oleh itu ….persiapkan dirimu dengan IMAN ….

Iman boleh ditingkatkan dengan amalan .iman bertambah dengan bertambahnya amal…jadikan semua aktiviti mu ibadah hanya dengan niat kerana Allah dan bertepatan dengan syariat .jadi wanita ….banyak ruang hidupmu adalah ibadah ,masak ibadah , cuci pinggan ibadah ,jaga anak ibadah dan banyak lagi ………..senyum pun ibadah

Keperibadian Wanita Muslimah

…assalamualaikum…..

wanita adalah penulis .Wanita sebahagian dari bangsa manusia .Ia adalah sumber kelahiran insan dibumi ini .Ia adalah institusi pertama membentuk generasi muda ,masa depan sebuah bangsa bergantung kepadanya .tangan yang menghayun buaian akan menggegarkan dunia ..mencipta sejarah….wanita merupakan faktor utama mempengaruhi kehidupan pertama seorang lelaki……..Nah betapa pentingnya makhluk allah ini .betapa besar perananya,betapa berjasa kalian wahai wanita ……Kalian hebat .hebat wahai wanita …..

wanita,… kalian suatu ketika dulu hanyalah umpama kilang ..hebat dengan produk.kalian adalah tempat orang berseronok TIKA diperlukan .Habis manis sepah dibuang.Lahirmu adalah petaka …

kedatangan Islam membawa sinar harapan . .kalian bukan hanya untuk berseronok malah bekerjasama menjaga kelangsungan bangsa manusia . perbezaan semula jadi membezakan kalian ….kalian insan yang mesti diberi perhatian .pendidikan dan pengawasan .Rasulallah bersabda :”Sesiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau dua orang saudara perempuan lalu dia menjaga mereka dengan baik dengan penuh tawakkal kepada allah sepanjang menjaganya nescaya dia akan beroleh syurga “.Bertuahnya kalian ……..SUPAYA KALIAN MAMPU MELAKSANAKAN PERANAN SEBAGAI WANITA, ISTERI DAN IBU YANG SOLEHAH ….yang bakal mengubah bangsa ini.

Kita bicarakan akan datang keperibadian yang mesti kita miliki .