Jumaat, 7 Mei 2010

Matlamat perkahwinan mestilah jelas .bukan sekadar memenuhi runtunan syahwah tetapi melahirkan generasi yang taat allah.Al faruq telah berkata "sesungguhnya aku tidak mengahwini wanita kerana syahwah akan tetapi mengharapkan zuriat".Apabila dianugerahkan zuriat mestilah marasai ianya adalah pemberian Allah yang mesti disyukuri.Ia adalah amanah yang perlu dijaga.Tidak semua pasangan dianugerahkan zuriat ....walaupon tempuh perkahwinan hanpir sepuluh tahun ....oleh itu pasangan yang dianugerahkan zuriat hendak bersyukur kepada allah dan peliharakan nikmat pemberian itu dengan didikan yang sebaiknya.......
Setelah matlamat dikenal pasti .calun sudah ditemui .pasangan mestilah memperbanyakan doa ,supaya tiada campur tangan syaitan laknatullah ,mohan rahmat allah agar zuriat yang bakal dilahirkan adalah menjadi anak yang sempurna penciptaan dan rupa parasnya baik ahlaknya.
sepanjang tempuh kehamilan ibu -ibu mestilah menjaga tingtahlau dan budibicaranya .Bacaan alquran menjadi rutin harian ya supaya anak dalam kandungan itu dapat membesar dengan alquran .emosi sentiasa terkawal ,demi menjamin kesetabilan emosi ini bantuan dan kerjasama bapa amatlah bermakna untuk seorang ibu hamil .suami yang penyayang dapat meringankan kehamilan .bagaimana caranya? bantu isteri menyiapkan kerja -kerja rumah ,penuhi kemahuan ya ,jaga pemakananya, membelai belai ibu dan anak dalam kandungan ya dan banyak lagi .........

Sebagaimana kebiasaan genap sembilan bulan sepuluh hari terdengarlah tangisan bayi .Kalimaah pertama diperdengarkan adalah kalimah Allah.Azan dan iqamah ....kalimah tauhid membesarkan Allah, ,menanamkan keyakinan sesungguhnya tiada tuhan selain Allah nabi Mohammad pesuruh Allah .jom dirikan solat ,jom menuju kejayaan dunia akhirat...... subhanaal allah alangkah hebatnya Islam bayi yang sekecil itu ajarkan ,diserukan kepada menbesarkan Allah ..........Inilah pendidikan yang paling berkesan kepada anak muslim...Tiada pada agama-agama lain .
kewajipan bapa selepas itu ialah memberikan nama yang baik kepada anak-anak mereka .pilihlah nama-nama sahabat ke ,sifat-sifat mulia ke .atau nama-nama yang mempunyai makna yang baik ....

Bagi pasangan baru rajin-rajin la baca buku tarbiyah aulad -....... bersambung

Selasa, 13 April 2010

pendidikan anak-anak

Ketamaddunan suatu bangsa akan kembali bila mana ummatnya kembali kepada Islam.
Bila mana bangsanya kembali taat kepada Allah. Bila iman menguasai diri. Kembalikan semula Umar Abd Aziz! kembalikan semula Khalid Al Walid! kembalikan semula Sallehuddin Alayubi! Sumayyah! Zinnierah! Nahdiyyah! Nusaibah! Sofiyah! tokoh-tokoh yang telah menyelamatkan aqidah, mengongcang dunia dan digeruni musuh. Apa yang perlu kita lakukan? Ya,kita perlukan pentarbiahan semula ummah! Darimana kita nak bermula ? Diri kita!....Keluarga kita!...Bangsa kita!!!

Bagi ibubapa ,tanggungjawab utama adalah pendidikan anak-anak mereka. Anak-anak boleh menyebabkan ibubapa masuk syurga ,anak-anak juga penyebab ibubapa masuk neraka. Awas!Allah memperingatkan kita :
"Wahai orang-orang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka"
(at tahrim :6)

Wahai ibubapa! pendidikan anak-anak bermula dari pemilihan pasangan lagi .Silap membuat pilihan maka sukarlah pendidikan.Oleh itu, kembali kepada petunjuk Rasul untuk memilih pasangan masing-masing.Sabda rasulullah :
"Apabila datang kepada mu siapa yang diredhai agamanya,akhlaknya. Maka kahwinilah,
jika tidak, akan terdedah kepada fitnah yang luas"
Bukan setakat itu,bahkan pilihlah mereka-mereka yang mengambil berat tentang ummah ini.
Bak kata Ahmad Arrasyid:
"Alim yang pakaianya lusuh derdebu, berbau, lebih baik dari alim yang pakaianya bersih dan harum beramal hanya untuk dirinya sahaja"
(Langkah Bermula)
Kesimpulanya apa yang menjadi pilihan adalah Agamanya dan Dakwahnya ,
lain-lain tu bonus la.


Namun jika sudah menyandang gelaran ibubapa, sedarilah bahawa anda orang yang
paling mengesani anak-anak anda...andalah yang mencorak masa depan mereka.Bukan teman sekolahnya, bukan jiran tetangga anda, bukan media massa yang canggih- canggih walaupun ada pengaruhnya. Anak-anak manjadi Nasrani, Majusi dan Yahudi adalah silap anda! Solat tak pernah dilakukan, Alquran jauh sekali, aurat tidak ada sempadan , siang kutu jalan , malam kutu embun, jauh nak berkata soal dakwah,diri sendiri pun tidak lepas, hidup menghitung kematian ibu bapa mengharapkan harta pusaka...di alam barzah sengsaralah ibubapa .....minta dijauhkan Allah.


Oleh itu, didiklah anak-anak anda seawal mungkin, melentur buluh biar dari rebungnya."Ya Allah jadikanlah anak-anakku penyebab aku masuk syurga"
Berat tanggungjawab kita wahai ibubapa sekalian.......marilah kita bersama-sama memneliti apa kata Abdullah Naseh Ulwan dalam "Pendidikan anak-anak"
DI EPISOD AKAN DATANG..... INSYAALLAH.

Isnin, 12 April 2010

assalamualaikum.
khas buat anak-anaku:
anak-anakku,ummi mohon maaf kerana terlalu lama untuk menulis watak-watak antum semua dalam usaha penyebaran islam yang lalu .bukan terlupa tapi tiada waktu yang sesuai untuk ummi mengadap screen.namun doa untuk kalian di sentiasa di dambakan kepada Allah rabbul Izzati. Tiada apa yang berharga dalam hidup ummi kecuali punya anak2 yang soleh.memiliki ciri-ciri ,sifat-sifat dan daya juang yang tinggi seperti mereka para sahabat terdahulu......itulah harapan ibu mu ,andai ummi kembali menemui Allah ...teruskanlah perjuangan ini dan bimbinglah adik-adik mu yang masih kecil . salam harapan dan kasih sayang dari ummi.

wassalam